Salam..
Sudah lama tidak menulis dalam laman ini..mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia pelajaranku..tapi tak mengapa...biarlah tulisan ini sedikit tetapi harapannya boleh memberi impak pada fikiran kita...
Selalu kita didatangi dengan sekumpulan kanak-kanak, orang perseorangan untuk memohon derma sekolah tahfiz atau anak yatim ataupu kedua-duanya...terfikir juga, untuk mengetahui apakah yang dipelajari mereka di sekolah...adakah semata-mata mentelaah dan menghafal Quran serta ilmu agama-agama seperi syariah fekah....
saya lihat pendekatan sekolah tahfiz mampu mencorak para pelajarnya menceburi pelbagai bidang yang dikatakan lemah untuk kebanyakan umat Islam...sudah ada beberapa sekolah pondok yang menawarkan subjek sains dalam pendidikan mereka...Itu satu perkara bagus dan perlu diteruskan...Cuma yang menjadi soalan dalam pemikiran aku, ada berapa banyak sekolah tahfiz yang menjadikan subjek ekonomi sebagai '2nd option' dalam pendidikan mereka...Kanak-kanak di sekolah tahfiz ini aku fikir mempunyai potensi yang cukup bagus untuk ditengahkan. Mereka ada daya ingatan yang kuat.
Kejatuhan ekonomi kapitalis, timbul pelbagai skim cepat kaya, skim pelaburan yang kita tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalh itu. Dalam keghairahan kita untuk melahirjkan sarjana Islam yang berteraskan sains teknologi, kita jangan lupa pada bidang ekonomi ini...Islam memang sebagai satu cara hidup dan maka itu didalam quran sudah diceritakan pelbagai mengenai ekonomi..Ekonomi Islam aku fikir adalah mencapai kesempurnaan dan persoalannya bagaimana kita hendak mengapikasikan dalam kehidupan kita..
Untuk mencapai perkara itu, memang sepatutnya kerajaan menjadi penggerak kepada perkara itu. Justeru itu, bagaimana idea ini hendak disampaikan. Tulisan ini sekadar menyampaikan dan untuk menggerakkan idea ini aku harap dapat laksanakan setelah selesai sarjana muda ku..
Salam
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment