PPSMI sudah turun dijalanan..maka timbullah komen-komen dari penyokong PPSMI..
sebelum itu elok kita tahu apa itu PPSMI..Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Bahasa Inggeris
SUSAH BELAJAR SUBJEK TEKNIKAL DALAM BAHASA MELAYU
ape yg susahnya..bukankah kita akan makin dekat untuk memahami apabila diterangkan konsep2 didalam bahasa ibunda..yang penting adalah KONSEP..jika sudah faham konsep..bukankah semakin senang untuk mengembangkan pengetahuan tersebut..
BUKU RUJUKAN DALAM BAHASA INGGERIS
....ya..kita akui tulisan2 dan kembangan ilmu sains banyak ditulis dalam bahasa Inggeris...bagi saya...itu adalah usaha pelajar itu sendiri untuk memahami penulisan didalam inggeris...jika minat, ushakanlah inisiatif sendiri spt beli kamus, install kamus didalm komputer...kalau malas tak dapek den nak nolong...
LAMBAT NAK FAHAM
dengan pembelajaran dalam bahasa ibundalah kita gunakan untuk memudahkan penerangan konsep..pemahaman lanjut..baca la buku...
MENINGKATKAN KOMUNIKASI PELAJAR
apa yg dinamakan komunikasi...terlalu abstrak..komunikasi adalah skill...ringkasnya cara/teknik penyampaian maklumat...
contoh 1
tidakkah boleh istilah2 yang sukar diterjemah menggunakan tulisan aturan italic..contohnya 'plug and play mode'..kalau diterjemah seketul-seketul jadi 'mod cucuk dan main'...Seharusnya bagi saya, lebih elok jika ditulis sebegini pendrive ini mempunyai fungsi plug and play....istilah adalah kata nama..cuba fahami betul2...contoh situasi ini...apabila kita ingin memberi alamat kita pada kawan dari England...adakah kita akan menterjemah alamat kita ke bahasa mereka...BIG RIVER< style="font-style: italic;">
Saya ambil semula petikan tadi...'pendrive ini mempunyai fungsi plug and play'
>>apa yang tersirat
plug and play adalah istilah dalam bahasa lain..indikasinya pada tulisan italic...
maka tidak boleh diubah dengan sesuka hati kata nama itu...
KESIMPULAN
penerimaan seseorang terhadap ilmu yang perlu dididik dan ditekankan..cintakan ilmu..rajin berusaha...jika ini ada dalam minda orang Melayu maka semakin mudah laluan untuk menjadi masyarakat maju dan seterusnya ganjaran tinggi daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana, kaedah penyampaian/penceritaan ilmu didalam kelas saya katakan adalah wajib dalam bahasa ibunda...
PESANAN SAMPINGAN
Maaf kan saya..jika tulisan ini terlalu sukar difahami...ini adalah usaha saya dalam memantapkankan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan...
Saturday, March 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment